Enam militan Daesh maut dalam operasi tentera udara di Iraq

Gambar hiasan. - Foto AFP
A
A

BAGHDAD - Pasukan keselamatan Iraq pada Khamis membunuh enam militan Daesh dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan di wilayah utara Kirkuk, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan tentera.

Operasi bersama tentera Iraq dan Perkhidmatan Memerangi Keganasan itu untuk memburu kumpulan militan di Lembah al-Shai di selatan kota Kirkuk, kira-kira 250 km utara Baghdad.

"Enam militan Daesh maut selain gudang dan lapan kubu persembunyian Daesh dimusnahkan serta terowong yang digunakan militan di sebuah kampung di kawasan itu," kata komander tentera Iraq, Saad Harbiya.

Beliau berkata tentera turut menemui beberapa gua yang digunakan sebagai kubu persembunyian Deash. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia