21 mangsa banjir dipindah ke Bintulu

No Image Caption
A
A
A

BINTULU - Seramai 21 mangsa dari dua kawasan di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Balai Raya Kampung Jabai setakat pukul 9 pagi ini akibat banjir kilat melanda kawasan terbabit.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan pagi ini berkata kawasan yang dilanda banjir kilat tersebut ialah di Batu 9, Miri-Bintulu dan Kampung Sungai Sebatang.

"Seramai enam mangsa dari Batu 9, Miri-Bintulu sudah dipindahkan ke pusat pemindahan," katanya sambil menambah pusat pemindahan telah dibuka pada 5.45 pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan hari ini menyatakan terdapat seramai 15 orang termasuk seorang bayi lelaki dari Kampung Sungai Sebatang dipindahkan ke pusat pemindahan yang sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: