Penuntut UiTM kutip dana bantu gelandangan

Salah seorang gelandangan yang didekati oleh penuntut UiTM.
Salah seorang gelandangan yang didekati oleh penuntut UiTM.
A
A
A

KOTA BHARU - Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Bharu mengumpulkan RM1,300 untuk membeli keperluan harian dan makanan bagi diagihkan kepada gelandangan di sekitar bandar ini.

Pengarah program, Nur Nabila Alia Abdul Gafar berkata, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Jejak Gelandangan UiTM Kota Bharu itu adalah anjuran Association Of Welfare, Social, Motivation and Education (Owesome) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan.

Menurutnya, program itu julung-julung kali diadakan bertujuan melahirkan rasa tanggungjawab dan empati penuntut terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

"Kami letakkan tabung di UiTM Machang selama dua minggu untuk dapatkan dana bagi membantu golongan berkenaan. Kita akan berikan sumbangan kepada 50 orang gelandangan di sini.

"Antara sumbangan yang akan diberikan ialah kit kebersihan seperti ubat gigi, sabun mandi, sikat, tuala serta makanan dalam paket untuk bekalan beberapa hari ini," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian program itu di sini, Isnin lalu.

Penuntut UiTM Kota Bharu bergambar selepas perasmian program.
Penuntut UiTM Kota Bharu bergambar selepas perasmian program.

Program itu dirasmikan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Kelantan, Dr Shahsuzan Zakaria dan turut dihadiri Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa JKM Kelantan, Azman Mat Zain.

Nur Nabila Alia berkata, program itu bertujuan memupuk semangat insaniah dalam diri mereka selain berusaha membantu menjaga kebajikan masyarakat dan sosial di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dalam masa yang sama ia juga sebagai pendedahan untuk menerapkan nilai murni dalam diri mereka agar bersifat empati terhadap golongan kurang bernasib baik.