Bomba hantar 20,000 liter air kepada penduduk Chini

Penduduk berkumpul bagi mendapatkan bekalan air di Felda Chini, semalam.
A
A

PEKAN - Balai Bomba dan Penyelamat Pekan menghantar 20,000 liter air untuk penduduk Felda Chini yang berdepan krisis air sejak berapa hari lalu.

Ketua Balai, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, bekalan air itu dibawa menggunakan lori tangki milik jabatan tiba Bandar Dara Chini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam sebelum diagihkan kepada penduduk.

Menurutnya, bantuan pengagihan air itu merupakan kali kedua dalam tahun ini.

Pada 8 Mac lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang menghantar 60,000 liter air ke gugusan Felda Chini bagi membantu penduduk yang berdepan masalah kekurangan bekalan air ketika musim kemarau.

Pihak bomba membantu penduduk mengisi penyimpanan bekalan air di sekitar Felda Chini, semalam.
Pihak bomba membantu penduduk mengisi penyimpanan bekalan air di sekitar Felda Chini, semalam.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia