40 biji kek untuk sekolah

Zulqarnain menyuapkan kek kepada guru SK Paloh 3.
A
A

GUA MUSANG - Sebanyak 40 biji kek diagihkan kepada seluruh sekolah di daerah ini bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan, Zulqarnain Zakaria berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu inisiatif kepimpinan itu bagi simbolik sambutan.

Katanya, untuk memenuhi majlis di semua sekolah yang diadakan serentak, adalah satu perkara yang mustahil.

"Saya mengambil inisiatif ini bagi menghargai kesemua guru-guru di semua sekolah. Biarpun berdepan kekangan masa, namun ingatan itu dizahirkan.

Kek-kek yang akan diagihkan di seluruh sekolah di daerah ini.
Kek-kek yang akan diagihkan di seluruh sekolah di daerah ini.

"Sumbangan itu diagihkan oleh wakil-wakil di setiap kawasan untuk diraikan bersama. Alhamdulillah, ia mampu memberi senyuman di kalangan guru dan warga sekolah.

"Insya-ALLAH, untuk tahun-tahun seterusnya, kita akan teruskan program ini. Moga guru-guru terus menggenggam amanah yang diberi untuk mendidik pelajar dalam kejayaan yang lebih memberangsangkan terutamanya di daerah ini," katanya.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Gua Musang berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Paloh 3, di sini.