PKR sasar tambah 500 Ranting

Nik Nazmi (tengah) bersama Ahli Jawatan Kuasa Penubuhan Ranting bagi penggal 2018/2021 menunjukkan penyelarasan papan tanda dan logo Ranting yang baharu.
A
A

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyasarkan untuk menambah sekurang-kurangnya 500 ​R​anting termasuk di Sarawak pada tahun ini.

Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ​​buat masa ini, ​sebanyak​ 529 ​ranting ​didaftarkan di seluruh negara​, manakala​ 372 permohonan​ lagi masih dalam proses menunggu kelulusan.

Beliau berkata, ​​bagi menca​​pai matlamat itu, beberapa penambahbaikan dari segi tatacara permohonan diperkenalkan termasuk penyelarasan logo serta papan tanda setiap ​R​anting di seluruh negara.

M​enurut​nya, bagi prosedur baharu ini, permohonan pendaftaran ​R​anting perlu dihantar secara manual kepada cabang masing-masing untuk mendapat kelulusan.

​Katanya, tempoh kelulusan permohonan adalah sebulan, namun jika tidak diluluskan, pemohon boleh membuat rayuan terus kepada jawatankuasa.

“​Jadi 372 permohonan ranting yang masih belum diluluskan, sudah kita kembalikan ke peringkat cabang untuk disemak mengikut prosedur baru permohonan.

​“​Kita percaya prosedur​ ​​baru permohonan yang diperkenalkan ini bakal merancakkan lagi penubuhan ​r​anting di seluruh negara khususnya di Sarawak menjelang pilihan​ ​raya negeri itu tidak lama lagi​,” katanya ​​pada sidang akhbar ​Pembukaan ​P​ermohonan ​B​aharu ​R​anting PKR di Ibu Pejabat PKR Merchant Square, Tropicana, di sini, semalam.

Nik Nazmi (dua dari kanan) memberitahu penyelarasan papan tanda dan logo Ranting dibuat supaya rekaan, warna termasuk tulisan digunakan adalah sama di seluruh negara.
Nik Nazmi (dua dari kanan) memberitahu penyelarasan papan tanda dan logo Ranting dibuat supaya rekaan, warna termasuk tulisan digunakan adalah sama di seluruh negara.

​Menurutnya, langkah tersebut juga adalah antara inisiatif ​ke arah menambah bilangan keanggotaan parti bagi mencapai satu juta ahli dalam tempoh beberapa tahun lagi​.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, pihaknya juga sudah menyelaraskan papan tanda dan logo ranting yang akan digunakan supaya rekaan, warna termasuk tulisan digunakan adalah sama di seluruh negara.

“​Memo atau pekeliling baru berhubung perkara ini akan dihantar kepada setiap cabang dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) seluruh negara.

"Kita juga akan turun ke negeri-negeri berjumpa mereka dalam masa terdekat untuk beri penerangan lebih terperinci tentang pembaharuan-pembaharuan yang kita buat demi kebaikan ahli-ahli,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia