Kes kemalangan tempat kerja meningkat

Adly dan Rabayah (tengah) bersama sebahagian penerima sijil penghargaan ketika pelancaran kempen tandatangan terbanyak bagi dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara peringkat negeri di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh, di sini, semalam.
Adly dan Rabayah (tengah) bersama sebahagian penerima sijil penghargaan ketika pelancaran kempen tandatangan terbanyak bagi dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara peringkat negeri di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh, di sini, semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP) negeri merekodkan peningkatan kes kemalangan tempat kerja dan tanpa hilang upaya kekal sebanyak 94 kes dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

Pengarahnya, Dr. Rabayah Daud berkata, pada tahun lalu hanya 57 kes yang dicatatkan selain kemalangan maut juga mencatatkan penambahan daripada satu kes tahun lalu kepada tiga kes maut pada tahun ini termasuk dua kes kemalangan yang dilaporkan di tapak pembinaan.

Bagaimanapun menurutnya, kes kecatatan kekal mencatatkan penurunan daripada empat kes pada tahun lalu kepada satu kes sahaja dalam tempoh yang sama tahun ini.

Katanya, JKKP sentiasa berusaha memberi kesedaran kepada majikan dan pekerja bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja dengan melaksanakan pelbagai inisiatif agar sistem keselamatan dan kesihatan terus diperkasakan.

"Sebenarnya tahun ini kita menyasarkan sifar kemalangan, namun dalam tempoh tiga bulan kemalangan di tempat kerja masih berlaku dan kita memandang serius hal itu.

"Seiring dengan komited kerajaan JKKP akan terus memainkan peranan supaya hasrat kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan kadar kemalangan dan penyakit pekerjaan pada tahun ini menurun hingga 2.53 kes bagi 1,000 pekerja dapat dicapai," katanya.

Rabayah berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran kempen tandatangan terbanyak bagi dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara peringkat negeri yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Operasi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri, Mohamad Najib Jaafar.

Artikel Berkaitan:

Adly (dua dari kanan) dan diperhatikan Rabayah (dua dari kiri) ketika menyampaikan sijil kepada wakil syarikat yang hadir pada pelancaran kempen itu.
Adly (dua dari kanan) dan diperhatikan Rabayah (dua dari kiri) ketika menyampaikan sijil kepada wakil syarikat yang hadir pada pelancaran kempen itu.

Tambah Rabayah, pihaknya juga telah mengeluarkan sebanyak 3,045 tindakan punitif bagi pelbagai jenis kesalahan yang telah dilakukan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, bilangan itu termasuk 1,469 surat arahan, 1,541 Notis, 27 kompaun (RM48,000) dan lapan pendakwaan (RM77,000).

"Manakala setakat Januari hingga Mac tahun ini kita telah mengeluarkan sebanyak 1,697 tindakan punitif termasuk 919 surat arahan, 768 notis, lima kompaun berjumlah RM6,500 dan lima tindakan pendakwaan berjumlah RM36,000.

"Tindakan-tindakan yang diambil menunjukkan keseriusan kita dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja diambil berat oleh pihak majikan," katanya.