Agar tidak timbul isu salah faham : Zamani

Zamani
Zamani
A
A
A

PENYANYI Zamani akhirnya membuka mulut mengenai beberapa isu yang timbul semasa dan selepas dia menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Lebih-lebih lagi ketika kurang sihat, timbul dua kenyataan berbeza tentang penyertaannya dalam program terbabit sehingga ramai keliru mengenai individu sebenar yang menguruskan kerjayanya.

"Di sini saya ingin membuat kenyataan rasmi berhubung beberapa perkara agar tidak timbul isu salah faham di masa hadapan.

"Kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga saya serta mengekalkan Aalan Ahmad selaku pengurus saya.

"Oleh yang demikian sebarang urusan termasuk urusan show dan lain-lain hendaklah dibuat secara terus ke ZIME Production ataupun melalui Aalan Ahmad," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Zamani
Zamani

Tambah Zamani, 47, ZIME Production juga akan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan ‘merchandising’ dan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mencetak ataupun menjual apa-apa ‘merchandise’ berkaitan dengan saya.

"Buat masa sekarang ini, pihak pengurusan sedang merancang untuk menubuhkan kelab peminat yang rasmi (Zamani Fan Club).

Artikel Berkaitan:

"Sebarang maklumat akan diberitahu kelak di laman sosial rasmi saya - Facebook : zamani slam official fanpage dan Instagram : zamanislam_official.

"Semoga dengan penjelasan saya ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini telah terjawab. Sebarang soalan tambahan boleh diajukan kepada pihak ZIME Production (zimeproduction@gmail.com)," jelasnya lagi.