Abdul Majid dilantik Pengerusi baharu MIDA

Abdul Majid Ahmad Khan
Abdul Majid Ahmad Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Majid Ahmad Khan, Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) yang juga Pengerusi Kehormat Dewan Perniagaan Malaysia-China, sebagai Pengerusi baru MIDA, berkuat kuasa 22 April, 2019.

Kerjaya Abdul Majid menjangkaui lebih tiga dekad dalam perkhidmatan awam termasuk Jabatan Perdana Menteri, menyertai beberapa misi Malaysia ke luar negara dan memegang jawatan kanan di Kementerian Luar Negeri.

Beliau juga merupakan anggota lembaga beberapa syarikat termasuk tiga syarikat tersenarai awam di Malaysia, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan MIDA hari ini.

Abdul Majid memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Malaya.

Pengerusi baharu itu menggantikan Tan Sri Amirsham A. Aziz, yang tempohnya berakhir pada 2018 selepas lebih daripada enam tahun memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

MIDA mengucapkan penghargaan ikhlas kepada Amirsham atas sumbangan dan dedikasinya kepada organisasi dan negara.

Sebagai seorang yang berpengalaman luas, kepimpinan Abdul Majid akan menjadi sangat bernilai kepada MIDA, terutamanya dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang akan membawa manfaat besar kepada rakyat Malaysia, kata agensi tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: