China rancang hantar misi manusia ke bulan

 Model kenderaan perayau Yutu 2 dan Chang'e 4 ditunjukkan ketika pameran sempena Hari Angkasa China 2019 di Changsha di wilayah Hunan.
Model kenderaan perayau Yutu 2 dan Chang'e 4 ditunjukkan ketika pameran sempena Hari Angkasa China 2019 di Changsha di wilayah Hunan.
A
A
A

BEIJING - CHINA. China, semalam merancang untuk menghantar misi manusia ke bulan dan membina pusat penyelidikan saintifik di sana dalam tempoh sedekad lagi, menurut media tempatan, semalam.

Beijing yang mencipta sejarah selepas berjaya mendaratkan kenderaan robotik di bahagian gelap bulan pada Januari lalu kini mahu maju selangkah lagi dalam misi penerokaan ke angkasa lepas.

Ketua Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China, Zhang Kejian berkata, mereka juga merancang untuk melancarkan misi ke planet Marikh menjelang 2020 selain akan melancarkan kapal angkasa keempat bulan, Chang’e 5 pada akhir tahun ini.

“Long March 5B akan membuat penerbangan sulung pada awal tahun depan dan turut membawa bahagian teras stesen angkasa,Thiangong atau Istana Syurga yang akan memasuki orbit pada 2022,” jelasnya.

Ia dijangka menggantikan misi Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hasil kerjasama Amerika Syarikat, Rusia, Kanada, Eropah dan Jepun yang dijadualkan berakhir pada 2024.

Difahamkan, misi asal Chang’e 5 terpaksa ditangguhkan selepas kegagalan pelancaran roket Long March 5 Y2 yang membawa satelit terberat pada Julai 2017. - Agensi

Artikel Berkaitan: