Kementerian Kewangan sedia tambah peruntukan untuk program matrikulasi

Amiruddin Hamzah
Amiruddin Hamzah
A
A
A

JITRA - Kementerian Kewangan bersedia untuk berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung peruntukan tambahan susulan penambahan bilangan pelajar ke Program Matrikulasi kementerian berkenaan pada tahun ini.

Timbalan menterinya, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, perbincangan itu diharap dapat dilakukan dalam tempoh terdekat bagi memastikan peruntukan yang disediakan mencukupi dan tidak menjejaskan proses pembelajaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Serahan Sumbangan Iftar Ramadan 2019 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam bahawa Kabinet bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi KPM kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tambah 40,000 tempat untuk pelajar selesai isu kuota matrikulasi

Selain itu, menurut mereka, penambahan jumlah pelajar matrikulasi akan menjejaskan standard akademik selain mempersoalkan jika kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian.

"Kerajaan pusat membelanjakan RM37.5 juta untuk subsidi kepada 15,000 pelajar pada setiap tahun.

"Pada masa kritikal ini di mana negara menghadapi kekangan kewangan, (dasar ini akan) menambah beban kewangan negara," kata mereka.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kabinet bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 sebelum ini.

Beliau berkata, usaha itu bagi memastikan pelajar cemerlang terus mendapat peluang terbaik bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, keputusan itu juga dilihat sebagai kaedah terbaik dalam memastikan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan dapat memberikan peluang pendidikan kepada semua kaum.

Jemaah Menteri bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 sebelum ini.

Beliau menambah, kerajaan Pakatan Harapan melihat wujud keperluan utama untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang sains dan kapasiti yang ada pada Program Matrikulasi wajar dimaksimumkan untuk tujuan ini.