Elfira Loy akui kini berbadan dua

A
A

PELAKON, Elfira mengesahkan dirinya kini sudah berbadan dua.

Ia sekali gus menamatkan teka-teki yang berbangkit selama ini mengenai badannya yang mula berisi.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami.

“Saya sudah melepasi trimester pertama(1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk,”katanya dalam majlis pengumuman kerjasama antara Elfira dan jenama fesyen MC Vogue.

Tambah pelakon Qalesya itu lagi, dia juga akan memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini.

“Saya sudah cuba berlakon semasa trimester pertama dan ia sangat memenatkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat dahulu berlakon memandangkan ini kehamilan pertama,”jelasnya lagi.

Elfira dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lau selepas tidak sampai setahun berkenalan.

Bagi pihak MC vogue pula, semuanya bermula apabila kedua-dua pengasas menyedari bahawa fesyen muslimah boleh dipelbagaikan dengan elemen serta suntikan baru.

Kedua-dua mereka sebagai pencinta fesyen lantas memulakan perjalanan untuk mencari unsur baru yang dapat membawa dan menambah warna meriah ke dalam fesyen terutama untuk wanita muslimah.