Gangguan bekalan air semakin pulih

Abdul Raof Ahmad
Abdul Raof Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 50.1 peratus akaun pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual ekoran kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) telah pulih sehingga 6 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya sedang berusaha dan mengambil tindakan perlu bagi meningkatkan paras kolam perkhidmatan.

"Masa sama Air Selangor sedang menstabilkan tekanan dan aliran air di dalam sistem agihan serta mempercepatkan pemulihan bekalan air kepada semua pelanggan yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Katanya, Air Selangor memberikan komitmen untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terjejas.

"Pelanggan boleh mendapatkan maklumat terkini dengan melayari www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter@air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor.

"Untuk bantuan bekalan air kecemasan, hantar SMS Tanker ke 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793, 019-2800919," katanya.

Terdahulu, sebanyak 4,143,645 pengguna di 577 kawasan akan terlibat dalam gangguan bekalan air yang dijangka mengambil masa kira-kira 86 jam pada 24 April sehingga 26 April ini.

Gangguan bekalan air ini melibatkan kawasan kawasan di kawasan-kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: