Arsenik bukan dari kawasan perlombongan

Madzlan memberikan taklimat di pejabat RHT mengenai aliran air sungai di sekitar kawasan berkenaan.
Madzlan memberikan taklimat di pejabat RHT mengenai aliran air sungai di sekitar kawasan berkenaan.
A
A
A

IPOH – Kandungan arsenik atau sebatian kimia yang larut dalam air sehingga dikatakan menjadi punca kepada pencemaran air di Sungai Rui di Gerik, bukan berpunca dari kegiatan perlombongan di kawasan berkenaan.

Pengurus Besar Rahman Hydraulic Tin (RHT) Sdn Bhd, Madzlan Zam berkata, sebelum proses pelepasan air dibuat ke sungai berhampiran, pihaknya akan memastikan proses rawatan air dilakukan terlebih dahulu.

Malah katanya, pihak RHT turut mematuhi piawaian kandungan arsenik sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) baru-baru ini.

“Hari ini, kita dah dapat melihat bagaimana RHT melakukan rawatan air sebelum kita lepaskan air itu keluar termasuklah tahap kandungan arsenik yang kita lepaskan.

“Mengikut tahap kandungan arsenik itu, ia bukanlah berasal daripada proses atau aktiviti perlombongan kita, tetapi dari aliran luar,” katanya.

Madzlan berkata demikian pada sidang media semasa lawatan media bersama RHT ke kawasan perlombongan bijih timah di Klian Intan, Gerik, hari ini.

Madzlan berkata demikian bagi mengulas laporan media yang mengatakan unsur pencemaran arsenik di Sungai Rui, Gerik baru-baru ini dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan.

Artikel Berkaitan:

Kawasan perlombongan RHT.
Kawasan perlombongan RHT.

"Saya ucapkan terima kasih kerana lawatan hari ini dan kita dah dapat melihat tadi bagaimana RHT melakukan rawatan air sebelum kita lepaskan air itu keluar.

"Kita sendiri dah tahu dan terangkan tahap arsenik yang kita lepaskan melalui sungai ini bukan berasal daripad proses melombong kita, tetapi daripada aliran di luar 'mining list' kita," tambahnya.

Sementara itu Madzlan berkata, pihaknya akan sentiasa memperbaiki segala usaha untuk menambah baik khususnya daripada segi proses rawatan air yang dilakukan di RHT.

Katanya, RHT juga tidak melepas air keluar berikutan wujudnya kolam di kawasan perlombongan berkenaan bagi tujuan proses rawatan air dibuat.

“Kita tak biarkan air keluar dari kawasan lombong kita. Kita ada kolam dan kita akan rawat air sebelum lepaskan.

“Untuk masa depan, kita akan tambah baik supaya bacaan air ini akan dapat kita tetapkan pada masa hadapan,” katanya.