X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja dikhuatiri lemas masih belum ditemui

Operasi yang dijalankan hari ini masih belum menemui remaja terbabit.
A
A

BENTONG - Remaja yang dikhuatiri lemas selepas dibawa arus deras di Sungai Triang dekat Agropolitan Chemomoi di sini petang semalam, masih belum ditemui.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Ketua Zon Dua, Penguasa Bomba Rosdi Mustafa berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditangguhkan pada jam 6.10 petang tadi.

Menurutnya, anggaran kawasan pencarian dilakukan tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian mangsa, Sofian Sahar, 14 dilaporkan hilang.

"Kita menggunakan kaedah pencarian di permukaan yang turut disertai Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin.

Operasi yang dijalankan hari ini masih belum menemui remaja terbabit.
Operasi yang dijalankan hari ini masih belum menemui remaja terbabit.

"Turut terlibat anggota K9 selain orang awam yang turut membantu," katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, keadaan arus terlalu deras dan keadaan air sangat keruh menyukarkan sedikit usaha pencarian itu.

Seramai 105 orang termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Karak, Pasukan Sukarela Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Rela terlibat dalam operasi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang remaja dikhuatiri lemas, dibawa arus deras


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!