MB harap ADUN tidak panjangkan isu kesihatan Nazaruddin

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (Sikamat-PH) berharap semua ADUN tidak lagi memanjangkan isu kesihatan Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu, Mohamad Nazaruddin Sabtu (PH-Pilah).

Menurutnya, adalah lebih baik jika semua pihak dapat mendoakan kesihatan dan bukan memberi tekanan kepadanya.

"Kesihatan ini paling sensitif. Kita tidak kena boleh cakap macam-macam. Tapi kita ada Exco lain yang boleh membantu.

"Bila beliau ada masalah, kita perlu terima dan berdoa untuk kebaikannya. Kadang-kadang saya rasa sedih kerana kita tidak tahu bila giliran kita pula," katanya ketika menggulung Perbahasan Titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, keadaan Mohamad Nazaruddin kini semakin pulih dan tugasnya ketika ini dibantu oleh Exco lain termasuk beliau sendiri.

Aminuddin berkata, beliau percaya Mohamad Nazaruddin mampu menjalankan tugasnya dengan baik selepas sihat nanti.

Terdahulu, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Gemencheh-BN) bangun mencelah dan berkata, beliau bersetuju dengan padangan Aminuddin supaya mendoakan kesihatan Mohamad Nazaruddin.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu membuat sesuatu bagi mengatasi masalah dihadapi Exco berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita pun sentiasa doakan semua rakan kita tetapi tugas beliau sebagai Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu ini amat penting," katanya.