Warga emas didakwa tipu pembelian 200kg ikan bilis

Noorrokiah (kanan) mengaku tidak bersalah Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas pertuduhan penipuan pembelian 200 kilogram ikan bilis, tahun lalu.
Noorrokiah (kanan) mengaku tidak bersalah Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas pertuduhan penipuan pembelian 200 kilogram ikan bilis, tahun lalu.
A
A
A

TAIPING - Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menipu membabitkan pembelian 200kg ikan bilis berharga RM3,800, tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Noorrokiah Ishak, 67, yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah tidak mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain.

Berdasarkan pertuduhan, Noorrokiah didakwa memperdayakan Saiful Bahri Ahmad,45, untuk menyerahkan 200 kilogram ikan bilis dengan niat tidak mahu membuat pembayaran sebanyak RM3,800.

Akibat mempercayai tertuduh, mangsa menyerahkan stok bekalan ikan bilis itu di sebuah premis di Jalan Stesen, Kawasan Perusahaan Kamunting kira-kira jam 7.30 pagi pada 21 Disember 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Suhaimi Mohamad ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh.

Mohd Hairol kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan di bawah seksyen sama.

Beliau turut menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan pengurusan kes.

Artikel Berkaitan: