Konstabel polis maut kemalangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang konstabel polis maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di sini, hari ini.

Muhammad Nadzrul Nadzri, 25, yang juga anggota di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan ke utara.

“Setibanya mangsa di lokasi kejadian, motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang kiri sebuah lori membawa muatan tanah merah yang berada di lorong kiri laluan sama.

“Akibat rempuhan berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Razali, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan teruk di bahagian kepala dan patah pelbagai tulang,” katanya.

Sementara itu, Razali berkata, pemandu lori berusia 36 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: