Buruh cederakan isteri dipenjara 3 bulan

Jilperi dihukum tiga bulan penjara selepas mengaku melakukan kekerasan jenayah terhadap isterinya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Jilperi dihukum tiga bulan penjara selepas mengaku melakukan kekerasan jenayah terhadap isterinya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dihukum tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana melakukan kekerasan jenayah terhadap isterinya, pada Februari lalu.

Keputusan dibuat terhadap tertuduh, Jilperi Ali, 38, dari Batu Rakit, Kuala Nerus, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah.

Mengikut pertuduhan, Jilperi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya, Wan Suziana Mohamad, 33, di hadapan sebuah rumah di Jalan Kubang Badak, Kuala Nerus pada jam 8.40 malam, 28 Februari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 6 bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Abdul Hayyi memerintahkan hukuman penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 17 Mac lalu.

Sebelum ini media melaporkan seorang suami menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya selepas bengang wanita itu tidak mahu mendengar kata apabila masih berdegil keluar hendak membeli barang anak-anak mereka meskipun dihalang.

Artikel Berkaitan: