Budak 3 tahun ditinggalkan di sempadan AS

Tentera AS memasang pagar kawat berduri di pagar sempadan.
Tentera AS memasang pagar kawat berduri di pagar sempadan.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pengawal sempadan Amerika Syarikat (AS) menemui kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun sedang menangis berseorangan di sebuah ladang jagung di Texas.

Menurut Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP), budak itu dipercayai ditinggalkan kumpulan pendatang haram yang telah memasuki sempadan AS dari Mexico berhampiran Brownsvilee, Texas.

"Terdapat nama dan nombor telefon ditulis pada kasut kanak-kanak itu. Pihak berkuasa cuba memintas kumpulan itu," jelasnya.

Difahamkan, pihak berkuasa cuba untuk mengesan keluarganya, namun masih gagal dan kini ditempatkan di pusat pemprosesan dokumen dan akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan.

Data CBP menunjukkan pengawal sempadan berjaya menahan 92,607 termasuk 8,975 budak di sepanjang sempadan pada Mac lalu berbanding 66,884 orang pada Februari. - AFP

Artikel Berkaitan: