Kilang proses barangan plastik, getah terbakar

Kilang memproses barangan plastik dan getah di Jalan Lekuk Selat Selatan, Taman Perindustrian Pandamaran terbakar, pagi tadi.
Kilang memproses barangan plastik dan getah di Jalan Lekuk Selat Selatan, Taman Perindustrian Pandamaran terbakar, pagi tadi.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Kilang memproses barangan plastik dan getah di Jalan Lekuk Selat Selatan, Taman Perindustrian Pandamaran, di sini terbakar, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi sebelum pihak bomba dihubungi balai polis berdekatan memaklumkan kejadian tersebut.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 6.40 pagi dan mendapati api marak di bilik berkenaan.

“Sebanyak tiga jentera, dua van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah tanker dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Kota Raja dan BBP Andalas dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba dengan kekuatan seramai kira-kira 30 orang mengambil masa setengah jam untuk mengawal api daripada merebak ke bahagian lain.

“Akibat kejadian itu, bumbung kilang kelas A berkeluasan 6.09 x 18.2 meter itu runtuh manakala bahagian tingkat atas musnah 50 peratus,” katanya.

Samsol Maarif berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian dihadapi pemilik kilang terbabit.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja-kerja memadam kebakaran selesai sepenuhnya jam 7.50 pagi,” katanya.

Artikel Berkaitan: