Ahli perniagaan guna gelaran 'Datuk' didenda RM2,000

Mohd Badrul Hisham Mohamed, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana didapati bersalah menggunakan gelaran 'Datuk' tanpa kebenaran.
Mohd Badrul Hisham Mohamed, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana didapati bersalah menggunakan gelaran 'Datuk' tanpa kebenaran.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang ahli perniagaan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas didapati bersalah menggunakan gelaran 'Datuk' tanpa kebenaran.

Tertuduh, Mohd Badrul Hisham Mohamed, 40, dari Johor turut berdepan hukuman penjara enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta Lambang dan Nama 1963.

Tertuduh didakwa menggunakan gelaran Datuk pada kad perniagaan dan kad nama untuk tujuan perniagaan sedangkan belum dikurniakan gelaran atau menerima apa-apa kebenaran bertulis.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan di Wakaf Tengah, Kuala Nerus kira-kira jam 7.30 malam pada 21 November 2016.

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama apabila menggunakan gelaran tersebut untuk mendaftarkan perniagaan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia Cawangan Kuala Terengganu antara jam 8 pagi hingga 3 petang pada 12 Ogos 2014.

Bagi setiap kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: