Pencarian nelayan warga Thailand ditamatkan

Anggota yang terlibat SAR mendengar taklimat operasi dengan teliti.
Anggota yang terlibat SAR mendengar taklimat operasi dengan teliti.
A
A
A
YAN - Usaha mengesan seorang nelayan warga Thailand yang dipercayai hilang selepas terjatuh ke laut ketika menangkap ikan pada 21 April lalu ditamatkan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 7 petang selepas usaha pencarian berlangsung selama tiga hari.

"Operasi mencari dan menyelamat ini akan disambung semula sekiranya mendapat petunjuk baru dan setakat ini jumlah keseluruhan sektor pencarian adalah seluas 500 batu nautika daripada kawasan kejadian

"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) selaku agensi yang mengkoordinasi operasi mencari dan menyelamat merakamkan jutaan penghargaan kepada agensi yang turut terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, antaranya agensi yang terlibat dalam SAR ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Marin dan beberapa nelayan tempatan
Artikel Berkaitan:


Terdahulu MRSC Langkawi mengaktifkan operasi SAR bagi mengesan seorang nelayan warga Thailand dipercayai hilang setelah terjatuh ke laut pada 21 April pada jarak 22.3 batu nautika barat laut Pulau Songsong.

Orang awam diminta melaporkan sebarang penglihatan mangsa atau objek di sekitar kawasan berkenaan di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.