Tepis dakwaan video tular, Aiman Tino buat laporan polis

Aiman Tino
Aiman Tino
A
A
A

PENYANYI Aiman Tino tampil membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan fitnah dengan mengaitkannya dengan rakaman sebuah video separuh bogel seorang lelaki yang dikatakan mirip dirinya.

Aiman atau nama lengkapnya Mohamad Aiman Yusri, 20, membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pada Rabu.

Menurut penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit jika perkara tersebut masih berlarutan.

"Saya dengan ini menafikan sekerasnya bahawa orang dalam video tersebut adalah saya dan memohon pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap penyebar video," katanya sebagaimana di laporkan sebuah portal hiburan.

Tambah Aiman lagi, fitnah dan penyebaran video tersebut telah menjatuhkan reputasinya, selain turut memberi tempias kepada keluarga.

“Kepada individu yang menyebarkan video itu, kita jumpa di mahkamah," tegas Aiman.

Terdahulu pada minggu lalu, sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadan separuh bogel tular di media sosial.

Nama Aiman mula dikaitkan apabila lelaki di dalam video terbabit dikatakan memakai baju yang sama sebagaimana pernah dipakai Aiman sebelum ini.

Artikel Berkaitan: