Pengarah JPJ Perak sebak ketika berucap

Mohd Zawawi (tengah) bersama pegawai kanan JPJ Perak memotong kek sempena Sambutan Hari JPJ Malaysia ke-73 Peringkat Negeri Perak di Dataran Setia JPJ Perak, di sini, hari ini.
Mohd Zawawi (tengah) bersama pegawai kanan JPJ Perak memotong kek sempena Sambutan Hari JPJ Malaysia ke-73 Peringkat Negeri Perak di Dataran Setia JPJ Perak, di sini, hari ini.
A
A
A

IPOH - Suasana Majlis Sambutan Hari JPJ Malaysia ke-73 Peringkat Negeri Perak hari ini bertukar sedih selepas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Zawawi Zakaria tiba-tiba berasa sedih ketika berucap.

Mohd Zawawi tiba-tiba terdiam hampir seminit sebelum meneruskan ucapannya dalam keadaan sebak.

Menurutnya, beliau sebak ketika mengingatkan semua pegawai dan anggota JPJ Perak supaya memelihara integriti dalam menjalankan tugas.

"Saya percaya dalam mencapai usaha 73 tahun ini, pelbagai dugaan dan rintangan yang telah dihadapi sebagai jabatan yang menguatkuasa dan mentadbir hal ehwal pengangkutan jalan di negara ini.

"Cabaran ini sedikit sebanyak mematangkan JPJ dan dapat kita lihat dari sehari ke sehari kemajuan serta pembangunan yang kita kecapi," katanya ketika berucap pada majlis yang berlangsung di Dataran Setia JPJ Perak, di sini.

Dalam pada itu difahamkan hari ini merupakan hari terakhir Mohd Zawawi bertugas di Perak sebelum bertukar tempat dengan Timbalan Setiausaha Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat Kementerian Pengangkutan, Severiunus Tukah yang akan melapor diri pada 29 April ini.

Mohd Zawawi menyaksikan persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh Kadet JPJ Perak pada majlis yang diadakan di Dataran Setia JPJ Perak, di sini, hari ini.
Mohd Zawawi menyaksikan persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh Kadet JPJ Perak pada majlis yang diadakan di Dataran Setia JPJ Perak, di sini, hari ini.

Sebelum ini, dua pasukan anggota penguat kuasa JPJ Perak dipinjamkan ke JPJ Pulau Pinang susulan penahanan dan siasatan kes rasuah yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anggota penguat kuasa agensi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sejak 19 April lalu, dua pasukan penguat kuasa JPJ Perak yang terdiri daripada enam anggota itu dipinjamkan bagi melancarkan operasi agensi berkenaan.

Mohd Zawawi berkhidmat sebagai Pengarah JPJ Perak lebih dua tahun apabila memulakan tugas itu pada 1 Februari 2017.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan turut diadakan penyampaian Anugerah Khas Sempena Hari JPJ ke-73 melibatkan seramai tujuh kakitangan JPJ Perak selain pemberian sijil penghargaan kepada 13 agensi di negeri ini.

Dalam pada itu, sebanyak sembilan sekolah menengah turut diberikan sijil penghargaan kerana terlibat dan memberi kerjasama sepanjang Program Kayuhan Sempena Sambutan Hari JPJ ke-73.

Majlis itu juga turut diserikan dengan persembahan Tempur Tanpa Senjata Kadet JPJ dari sekolah di Daerah Larut, Matang dan Selama.