Chef Wan berang nama diguna scammer

Paparan skrin entri Chef Wan di Instagram.
Paparan skrin entri Chef Wan di Instagram.
A
A
A

PENIPUAN tidak mengira mangsa. Terbaharu, pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama cef selebriti Chef Wan, bagi kegiatan scam dalam talian.

Dalam satu entri dimuat naik di Instgram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail telah berkongsi tajuk sebuah artikel Bahasa Inggeris yang menyatakan beliau terselamat daripada bankrup disebabkan perdagangan dalam talian Bitcoin.

Menurut tajuk artikel itu lagi, Chef Wan turut menjana jutaan ringgit dalam tempoh hanya enam bulan.

“Scam dalam talian menggunakan nama saya,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Chef Wan menggesa beliau membuat laporan polis dan menyaman pihak tersebut.

Malah ada juga pengikut yang melahirkan rasa tidak puas hati kerana si penipu menggunakan jalan singkat dan menggunakan nama selebriti untuk menipu mangsa.

“Chef Wan tidak perlukan Bitcoin. Beliau sudah ada lebih dari cukup. Kamu tidak sepatutnya mengheret Dato Chef Wan yang saya hormati ke dalam penipuan ini,” tulis Lingkow.

“Sesedap dia je petik nama. Tau tak Chef Wan kerja gigih siang malam tu. Jahat la depa ni,” menurut Aziesyamira.

Artikel Berkaitan:

“Tak pernah dengar pula Chef Wan nak bankrup. Betul-betul scam ni,” tulisMairiz02.

Paparan skrin entri Chef Wan di Instagram.
Paparan skrin entri Chef Wan di Instagram.