TMJ muat naik artikel hak, kuasa Raja-Raja Melayu

Tunku Ismail memuatnaik pautan dan tangkap layar Perlembagaan Persekutuan berkaitan jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri serta kedaulatan raja-raja di dalam Facebook rasminya. Foto: Facebook Tunku Ismail
Tunku Ismail memuatnaik pautan dan tangkap layar Perlembagaan Persekutuan berkaitan jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri serta kedaulatan raja-raja di dalam Facebook rasminya. Foto: Facebook Tunku Ismail
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik artikel berkaitan Perlembagaan Negara mengenai hak dan kuasa Raja-Raja Melayu melalui akaun Facebook HRH Crown Prince Of Johor malam tadi.

Berdasarkan Artikel 71(1), Perlembagaan Negara memberi jaminan bahawa hak Raja sesuatu negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu.

Artikel itu turut menyatakan apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.

Beliau yang juga dikenali sebagai TMJ turut memuat naik Artikel 181(1) yang menyatakan bahawa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa pembesar-pembesar memerintah negeri sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

Artikel tersebut dipetik daripada laman sesawang Pejabat Peguam Negara.

Dipercayai hantaran itu dibuat sebagai membidas tulisan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, chedet.cc bahawa Undang-Undang Tubuh Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan dibentuk pada 1957.

Dr Mahathir menjelaskan tentang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara serta kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan undang-undang.

"Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelum ini dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia mengundi untuk memilih kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.

"Adalah penting bahawa semua orang menghormati perlembagaan dan mematuhinya. Kegagalan berbuat demikian akan menafikan peraturan undang-undang," katanya.