Pengarah JSJN bersara wajib mulai esok

Mohmad
Mohmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh bersara wajib esok dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas lebih 35 tahun berbakti dalam pasukan itu.

Jawatannya kini dipangku oleh Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, persaraan Mohmad satu kehilangan besar bagi warga PDRM berikutan kepakaran, ilmu pengetahuan dan pengalaman luas dimiliki membolehkannya memimpin pasukan dengan baik.

"Saya percaya ramai warga PDRM terutama yang berkhidmat di bawah seliaannya akan merindui keperibadian beliau yang tampak bersahaja namun tegas ketika memimpin pasukan,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Mohmad dan Kamarul di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata kepakaran, ilmu pengetahuan dan pengalaman luas menyerlahkan aura kepimpinan beliau (Mohmad) sekali gus membolehkan visi jabatan di bawah pimpinannya dapat ditetap serta dijalankan dengan cemerlang.

Artikel Berkaitan: