Persediaan krisis air, PPRT dibina bersama tangki 150 liter

A
A
A


PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengambil inisiatif menyediakan tangki air berkapasiti 150 liter bagi pembinaan baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dalam berdepan krisis air, kata menterinya, Datuk Seri Rina Harun.

“PPRT akan dibina menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) dengan penjimatan kos keseluruhan 18 peratus dengan kualiti sama dengan penambahanbaikan termasuk penambahan kapasiti tangki air daripada 80 kepada 150 liter.

"Selain itu, bagi permohonan PPRT daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kami bina rumah mesra OKU dari segi pembinaan tandas yang bersesuaian dengan mereka,” katanya pada sidang media di kementeriannya, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, kementeriannya dalam perancangan membangunkan rumah mampu milik dengan kos bawah RM200,000 menerusi Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018 hingga 2023.
Artikel Berkaitan: