300 drones bentuk logo Avengers

Antara logo yang dipaparkan - Foto WALT DISNEY STUDIOS MALAYSIA
A
A

BAGI memeriahkan lagi tayangan Marvel Studios' Avengers: Endgame, satu pertunjukkan istimewa telah berlangsung di kawasan Menara Kuala Lumpur, semalam.

Sebanyak 300 buah drone telah dikumpulkan dan membentuk logo Avengers dan watak adiwira filem berkenaan seperti adiwira seperti Iron Man, Captain America, Thor, serta Hulk, dapat dilihat bagi mereka yang berada di sekitar Menara Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh The Walt Disney Company (Malaysia), drone yang dikuasakan oleh Intel ini turut tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai persembahan drone bercahaya terbesar di Malaysia.

Bagi mereka yang terlepas persembahan menarik malam tadi, boleh sekali lagi menyaksikan aksi istimewa itu pada Jumaat ini, 26 April, jam 8 hingga 10 malam (bergantung pada cuaca).

 - Foto WALT DISNEY STUDIOS MALAYSIA
- Foto WALT DISNEY STUDIOS MALAYSIA

Pemandangan terbaik adalah di sekitar 200 hingga 300 meter dari Menara Kuala Lumpur.

Filem ‘Avengers: Endgame’ dibintangi Robert Downey Jr, Chris Evan, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Jeremy Renner, Brie Larson dan ramai lagi telah mula ditayangkan di Malaysia hari ini.

Bukan hanya mencatat sejarah mengenai drone, filem ini juga telah memecah rekod sebagai filem yang mendapat kutipan jualan awal tertinggi di Malaysia sebanyak RM10 juta, selepas jualan tiket di buka 2 April lalu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia