Terima suapan, pegawai dan enam anggota polis direman 4 hari

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama enam anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Koperal di sebuah daerah di Pahang direman empat hari mulai hari ini kerana disyaki bersubahat menerima suapan sebanyak RM6,500.

Kesemua lelaki berusia lingkungan 28 hingga 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Pahang antara pukul 10 hingga 10.45 malam semalam, selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, kesemua suspek berkenaan dipercayai bersubahat menerima wang suapan sebanyak RM 6,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki dadah jenis syabu.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

"Kesemua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel Berkaitan: