Lan Pet Pet akhirnya bertemu Pak Ya

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK dan juga pelakon, Lan Pet Pet telah mengotakan kata-katanya untuk bertemu sekali gus memohon maaf kepada pengawal keselamatan, Yahya Manap, malam tadi.

Pertemuan hampir dua jam itu di sebuah premis di Nilai itu turut dihadiri keluarga dan sahabat baik kedua-dua belah pihak.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 50, dia telah mengambil sedikit masa mengatur pertemuan tersebut dan menghargai peluang yang diberikan oleh Yahya atau lebih mesra di panggil Pak Ya.

Katanya, dia berjanji untuk menjaga lelaki berusia 68 tahun itu seperti keluarga sendiri dan turut merancang membawa Pak Ya dan isteri menunuaikan umrah.

“Walaupun pada pertemuan ini, air mata tidak menitis, tetapi hati saya menangis tiada siapa tahu.

“Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah, insya-Allah,” katanya yang akan mengingati pesanan Pak Ya supaya tidak mengulangi kesilapan.

Pada 15 April lalu, Mazlan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, di sini.

Mazlan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.

Artikel Berkaitan:

Mazlan mengaku melakukan kesalahan itu di Acacia Park Desa Jati pada 6 April lalu. Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu membayar denda diputuskan mahkamah. - Sumber BHONLINE