Saya bukannya pendendam: Pak Ya

No Image Caption
A
A
A

PENGAWAL keselamatan, Yahya Manap atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ya, telah terbuka hati memaafkan Lan Pet Pet setelah melihat keinsafan pelawak dan pelakon itu.

Menurut Pak Ya, 68, dia juga turut berasa kasihan dengan kerjaya dan reputasi Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 50, yang telah terjejas ekoran kejadian itu.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.

“Saya bukannya pendendam... Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka.

“Kerjaya dan reputasi Lan tercalar dengan insiden itu,” katanya yang menegaskan memaafan anggota Senario itu bukan kerana wang.

Malah Pak Ya turut menghormati tindakan Lan yang sanggup bersemuka untuk memohon maaf dengan hati yang ikhlas.

“Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula.

“Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 6 April lalu, Lan telah bertindak memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai.

Lan juga telah mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April. - Sumber BHONLINE