Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan bincang bangun sekolah daif

Dr Maszlee
Dr Maszlee
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan telah mengadakan pembincangan bagi membangunkan semula sekolah-sekolah yang daif di negeri tersebut.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperhalusi kaedah pembiayaan dana dan pelaksanaan projek bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan telus.

"Pada hari ini, saya telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg di pejabat beliau di Kuching mengenai penyaluran dana pembiayaan sebanyak RM1 bilion bagi tujuan pembangunan dan naik taraf sekolah daif di Sarawak," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Maszlee berkata, Kerajaan Negeri Sarawak juga bersetuju untuk pelaksanaan perkara itu dijalankan mengikut fasa bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat menepati kriteria dan tempoh masa yang diperlukan.

"Segala usaha yang digerakkan ini adalah demi manfaat anak-anak di Sarawak bagi memastikan mereka dapat menikmati pendidikan dalam suasana selesa dan menyeronokkan," ujar beliau.

Justeru, Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan berkualiti buat semua anak-anak kita dan akan berusaha sehabis baik bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Artikel Berkaitan: