Tujuh kilang kitar semula plastik import disita

Antara lokasi terlibat termasuk Taman Ria Jaya, Bedong dan Bukit Selambau.
Antara lokasi terlibat termasuk Taman Ria Jaya, Bedong dan Bukit Selambau.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tujuh premis kilang kitar semula plastik import sekitar daerah ini disita pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana beroperasi secara haram, semalam.

Antara lokasi sitaan termasuk di Bukit Selambau, Taman Ria Jaya, Pinang Tunggal, Bedong dan Bakar Arang.

Kilang disita akibat beroperasi tanpa lesen.
Kilang disita akibat beroperasi tanpa lesen.

Difahamkan, notis mula dihantar minggu lalu dan tindakan sita dilakukan hari ini bagi tujuh premis terbabit.

Exco Kerajaan Negeri, Simon Ooi Tze Min berkata, ini adalah tindakan pertama membabitkan tujuh premis dan selepas ini akan disusuli tindakan berikutnya ke atas premis lain yang didapati gagal mematuhi arahan.

Antara kilang sekitar daerah Kuala Muda yang disita PBT kerana beroperasi secara haram, semalam.
Antara kilang sekitar daerah Kuala Muda yang disita PBT kerana beroperasi secara haram, semalam.

Menurutnya, tindakan itu bertujuan agar pengusaha memberhentikan operasi memproses plastik kitar semula import yang tidak berlesen.

"Hari ini (semalam) Majlis Perbandaran Sungai Petani mengambil tindakan untuk memberi arahan henti operasi dan sitaan terhadap kilang kitar semula sisa plastik import yang tidak berlesen.

Artikel Berkaitan:


Tujuh premis dikenakan tindakan kerana beroperasi tanpa lesen.
Tujuh premis dikenakan tindakan kerana beroperasi tanpa lesen.

"Tujuh kilang yang tidak berlesen disita hari ini (semalam) dan akan ada susulan lagi selepas ini," katanya.

Operasi itu melibatkan 18 anggota penguat kuasa bermula 10 pagi hingga dua petang.