AS nafi ada maklumat awal serangan di Sri Lanka

Polis Sri Lanka memeriksa sebuah lokasi serangan berhampiran gereja St Anthony di Colombo pada Ahad lalu.
Polis Sri Lanka memeriksa sebuah lokasi serangan berhampiran gereja St Anthony di Colombo pada Ahad lalu.
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA . Duta Amerika Syarikat (AS) ke Sri Lanka menafikan negaranya mempunyai maklumat awal mengenai serangan yang menyasarkan beberapa hotel dan gereja pada Ahad lalu, lapor CNN hari ini.

“Kami tiada maklumat awal serangan itu,” kata Duta AS Alaina Teplitz kepada saluran berita utama dunia itu dalam wawancara menyentuh serangan pengganas pada Ahad yang membunuh 359 orang, termasuk sekurang-kurangnya empat warga AS.

Seorang menteri Sri Lanka awal minggu ini memberitahu bahawa India dan AS memberikan maklumat risikan mengenai serangan tiga gereja dan tiga hotel itu.

“Saya tidak boleh bercakap untuk orang lain. Saya tidak tahu sumber maklumat lain yang mungkin kerajaan Sri Lanka ada. Saya boleh beritahu anda yang kami tidak ada maklumat awal,” kata Teplitz.

“Kerajaan Sri Lanka mengakui wujud masalah dalam pengumpulan dan perkongsian maklumat risikan mereka,” kata Teplitz lagi.

Pihak berkuasa Sri Lanka sudah memulakan siasatan bagaimana amaran kemungkinan berlakunya serangan itu tidak diberitahu kepada kepimpinan tertinggi negara. – AFP

Artikel Berkaitan: