Video Radhi OAG bantu tolak kereta rosak tular

Radhi membantu menolak kereta yang rosak ke bahu jalan.
Radhi membantu menolak kereta yang rosak ke bahu jalan.
A
A
A

SHAH ALAM- Seorang pengguna media sosial, Anas Asnawi Gazali berkongsi video penyanyi Radhi OAG membantu menolak keretanya yang rosak di tengah jalan.

Video berdurasi dua minit yang dimuat naik di laman DashCam Owners Malaysia pada Ahad memaparkan Radhi berlari dibahu jalan selepas melihat kereta berkenaan tidak bergerak.

Menerusi video bertarikh 21 Mac itu, kedengaran suara Radhi yang bersungguh mahu membantu menolak kereta tersebut.

Seorang budak lelaki berpakaian sekolah dipercayai anak Radhi diletakkan di atas bonet sebelum dia menolak kereta itu ke bahu jalan.

Pemilik kereta berkenaan takjub dengan sikap pemurah Radhi yang mahu membantu meskipun dalam keadaan panas terik.

“Semoga ALLAH membalas jasamu dengan kebaikan dan memberi ganjaran dengan balasan terbaik.Terima kasih Radhi OAG,” kata pemilik kereta berkenaan.

Setakat jam 5.30 petang pada Ahad, video itu mendapat 1,600 tontonan dengan 291 komen dan dikongsi 351 pengguna Facebook.