Penyakit BPB ancam industri padi Terengganu

Zulkepli (dua kiri) melihat dron untuk kegunaan meracun padi yang dipamerkan pada Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc di Gong Nering.
Zulkepli (dua kiri) melihat dron untuk kegunaan meracun padi yang dipamerkan pada Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc di Gong Nering.
A
A
A

JERTIH - Industri tanaman padi di negeri ini boleh terjejas teruk sekiranya serangan wabak hawar bulir bakteria (BPB) tidak dikawal dengan baik.

Pemangku Pengarah Pertanian negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan tanaman padi di daerah ini khususnya kawasan jelapang padi Besut telah terkena serangan penyakit itu.

Menurutnya, ia membabitkan kawasan keseluruhan seluas hampir 10 hektar kawasan sawah, namun keadaan masih terkawal.

“Sekiranya langkah sewajarnya tidak diambil, dibimbangi risiko penyakit ini akan merebak ke kawasan lebih luas seterusnya mengancam tanaman padi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc Peringkat negeri di Dewan Gong Nering, di sini, tengahari tadi.

Hadir sama Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara), Fatimah Hamid dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Mohd Termizi Ghazali.

Zulkepli berkata, wabak ini merupakan penyakit yang baru melanda negara ini dan sudah menular sehingga ke daerah ini.

Menurutnya, pihaknya dan agensi berkaitan telah mengambil langkah drastik untuk mengawal penyakit ini daripada merebak antaranya memberi penerangan kepada pesawah terbabit.

Artikel Berkaitan: