Marzuki sahkan tidak wujud dua kem dalam Bersatu

Marzuki Yahya
Marzuki Yahya
A
A
A

SEREMBAN - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya menafikan wujudnya dua kem dalam parti itu.

Beliau berkata, ramai pihak luar yang membuat spekulasi yang tidak benar, semata-mata mahu memburukkan imej Bersatu.

“Apa yang berlaku itu cuma spekulasi yang dibuat oleh pihak tertentu konon kita ada dua, tiga kem, padahal itu tidak benar.

“Tidak wujud sama sekali, sekarang ini kita sedang membina sebuah parti untuk lebih kuat dan berjuang bersama-sama membina negara, perkara itu semua tidak timbul,” katanya.

Tambahnya, mesyuarat yang dibuat baru-baru ini berjalan dengan lancar, dan pihaknya berjaya menyelesaikan isu yang berbangkit tanpa sebarang masalah.

“Kita panggil mesyuarat itu hanya untuk berbincang, dan mengetahui apa perkara sebenarnya yang berlaku.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuma spekulasi yang kata kita ada dua tiga kem itu adalah tidak benar,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesyuarat biasa saja, kata Marzuki

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Exco baharu Johor bukan soal 'team siapa'

ARTIKEL BERKAITAN: Mazlan reda digugur sebagai Exco daripada khianati rakyat

Terdahulu, tular di media sosial mengatakan wujudnya dua kem dalam Parti Bersatu membabitkan kem Tan Sri Muhyiddin Yasin dan kem Tun Dr Mahathir Mohamad.