Ibu tunggal didenda RM3,000 terlibat kegiatan pelacuran

Tertuduh, Suzliyanis Mohd Masbah, 41, (kanan) yang ditahan pasukan polis dari Bahagian D7,Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Jalan Post Office Lama, di sini, pada Disember lalu.
A
A

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal dua anak didenda RM3,000 di mahkamah majistret di sini, hari ini kerana kesalahan menjalankan kegiatan pelacuran pada Disember tahun lalu.

Majistret, Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Suzliyanis Mohd Masbah, 41, mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikemukakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan atau mana-mana maksud perbuatan lucah pada mana-mana tempat di sebuah kediaman di Jalan Post Office Lama di sini, jam 8.15 malam, pada 4 Disember 2018.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama satu tahun, atau denda, atau dengan kedua-dua.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ho Zee Xing.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia