Desak batal lesen nelayan asing

Kumpulan nelayan memegang gegantung memprotes tindakan nelayan asing menceroboh perairan negara.
Kumpulan nelayan memegang gegantung memprotes tindakan nelayan asing menceroboh perairan negara.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,150 nelayan berhimpun di muara Sungai Terengganu, hari ini, bagi menuntut campur tangan dan tindakan lebih tegas oleh kerajaan terhadap pencerobohan nelayan asing di perairan negara.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Dungun, Bahiyuddin Awang Harun berkata, pihaknya mendesak supaya kesemua pemberian lesen laut dalam yang diluluskan kepada nelayan asing termasuk Vietnam dibatalkan.

Katanya, berdasarkan angka yang diterima, masih terdapat 100 buah bot diusahakan warga asing terutama Vietnam yang dikesan aktif di perairan negara.

"Lebih kurang 100 buah bot yang masih ada dan beroperasi dengan bebas. Mereka aktif mengaut hasil laut dengan begitu 'rakus' selain memiliki permit dan lesen serta bot Malaysia.

"Hasil yang dibawa balik ialah ikan baja dan 'ikan potong kepala'. Ikan komersial yang berkualiti tinggi, semuanya dipunggah siap-siap di tengah laut untuk dibawa balik ke negara mereka," katanya ketika ditemui dalam himpunan bantahan secara aman nelayan Pantai Timur terhadap pencerobohan nelayan asing, di sini.

Gegantung dipamerkan di bot nelayan bagi menyampaikan mesej memohon campurtangan kerajaan terhadap pencerobohan nelayan asing yang berlarutan sejak sekian lama.
Gegantung dipamerkan di bot nelayan bagi menyampaikan mesej memohon campurtangan kerajaan terhadap pencerobohan nelayan asing yang berlarutan sejak sekian lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan petugas khas ditubuh perangi nelayan asing

Beliau berkata, kumpulan nelayan asing itu aktif mengaut hasil laut tanpa 'menyimpan' untuk generasi akan datang sejak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan lesen itu sejak 15 tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Nelayan Vietnam yang didaftarkan dan diberi permit di negara kita yang guna bot negara kita, jadi nelayan di tempat kita, perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya kerana mereka yang diberi permit inilah menjadi punca masalah utama.

"Mereka juga menggalakkan pencerobohan nelayan asing yang lain dengan memberi maklumat kepada 'orang kampung' mereka supaya menceroboh perairan negara," katanya.

Perhimpunan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang itu disertai wakil dari setiap negeri antaranya Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.