PAWE beroperasi di Jerai mulai Mei

Suasana ketika sesi mesyuarat bagi penubuhan PAWE Jerai. (Gambar kecil: Mohd Rosdi Yahaya)
Suasana ketika sesi mesyuarat bagi penubuhan PAWE Jerai. (Gambar kecil: Mohd Rosdi Yahaya)
A
A
A

YAN - [DIKEMASKINI] Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) akan mula beroperasi mulai Mei bagi Parlimen Jerai yang terletak di Kampung Sungai Belida.

Ahli jawatankuasanya, Mohd Rosdi Yahaya berkata, PAWE akan mula beroperasi dengan Mei ini dengan bantuan pengoperasian daripada sukarelawan Komuniti Amal Jerai.

Katanya, pejabat yang terletak di Kampung Sungai Belida merupakan ihsan daripada Jabatan Agama Islam daerah Yan dan ahli jawatankuasa Masjd Al Rahman Sungai Belida.

Menurut Mohd Rosdi, pihaknya perlu berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meminta sokongan permohonan penubuhan PAWE.

"Selepas dah dapat sokongan kita perlu mencari lokasi yang sesuai untuk memulakan operasi.

"Permulaan dana yang kita peroleh untuk membuka PAWE adalah sebanyak RM100,000 bagi kos pengoperasian setahun.

"Untuk tahun-tahun berikutnya dana yang diberikan lebih kurang RM40,000," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Mohd Rosdi, PAWE bukannya lokasi yang sama fungsi seperti rumah orang tua yang lain.

Artikel Berkaitan:

"PAWE adalah tempat warga emas datang untuk melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan mereka seperti kuliah agama, kraftangan, bersenam dan sesi penerangan kesihatan," katanya.

Mohs Rosdi berkata, PAWE juga boleh menjadi seperti bengkel pengeluaran produk makanan dan ia bergantung kepada kemampuan warga emas di tempat tersebut.

"Ia sangat santai dan boleh didatangi oleh semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kita juga akan melantik seorang penyelia bagi menguruskan aktiviti setiap hari di PAWE.

"Warga emas yang datang tidak terikat dengan masa kehadiran dan mereka boleh datang mengikut kesesuaian masa mereka asalkan waktu operasi," katanya.