Rakaman kes Najib: Keterangan Isham Jalil direkod polis

Mohamad Fuzi (dua, kiri) memakaikan pangkat kepada Juruiring kepada Perdana Menteri Asisten Komisioner Zaidi Ali Ibrahim pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.
-Foto Bernama
Mohamad Fuzi (dua, kiri) memakaikan pangkat kepada Juruiring kepada Perdana Menteri Asisten Komisioner Zaidi Ali Ibrahim pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.
-Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) prosiding perbicaraan yang dimuat naik dalam Facebook pada 19 April lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Isham telah tampil hari ini bagi untuk direkod keterangan berhubung siasatan kes itu. Semua tindakan telah diambil dan kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Jumaat lalu, tular di laman sosial Facebook video berdurasi dua minit 12 saat itu bertajuk ‘Hari kelima perbicaraan Datuk Seri Najib’ memaparkan rakaman peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang menyoal saksi terbabit dalam kes itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah larang muat naik video perbicaraan Najib

Difahamkan, rakaman itu dimuat naik menerusi akaun bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil.

Menerusi tajuk dimuat naik Isham, adalah dipercayai bahawa rakaman CCTV itu diambil ketika prosiding hari kelima Najib di Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, PDRM menafikan pembabitan pegawai Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kes kehilangan paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat.

"Individu itu adalah pegawai awam yang bertugas dalam PDRM dan dia telah berhenti daripada tugasnya.

"Kita akan teruskan siasatan berhubung perkara ini dan telah merujuknya kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut. Sekiranya ada keperluan untuk kita keluarkan waran tangkap kepada individu itu, kita akan berbuat demikian," katanya.