Pegawai bank sahkan RM50 juta dikredit ke Ihsan Perdana

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang Pegawai Pemprosesan Affin Bank, mengesahkan bank tersebut telah mengkreditkan wang tunai ke akaun pelanggannya Ihsan Perdana Sdn Bhd daripada akaun AmIslamic Bank Syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari SRC International Sdn Bhd, berjumlah RM50 juta.

Rosaiah Mohamed Rosli, 53, menjelaskan wang berjumlah RM50 juta itu dimasukkan ke akaun Ihsan Perdana yang merupakan syarikat yang mengendalikan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC daripada Gandingan Mentari melalui tiga transaksi antara 24 Disember 2104 hingga 6 Februari 2015.

Melalui kenyataan saksi yang dibaca di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada hari ke-8 perbicaraan kes SRC International yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak, saksi ke-20 itu menyatakan, pada 24 Disember 2014, wang RM40 juta dikreditkan ke akaun Ihsan Perdana selepas bank itu menerima Single Credit Confirmation Advice pada hari yang sama.

Single Credit Confirmation Advice merupakan dokumen yang dijana oleh Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS).

Pada yang sama, Rosaiah turut mengesahkan Affin Bank telah mengkreditkan wang RM5 juta ke akaun Ihsan Perdana sebanyak dua kali daripada Gandingan Mentari iaitu pada 5 dan 6 Februari 2015.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

Artikel Berkaitan: