JKM catat satu kes buang bayi dalam masjid tahun ini

Burhanuddin
Burhanuddin
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) negeri mencatatkan satu kes pembuangan bayi di masjid dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Pengarahnya, Burhanuddin Bachik berkata, bilangan itu berbeza pada tahun lalu yang mencatatkan dua kes pembuangan bayi termasuk di Masjid Parit Gantung, Sungai Rambai.

Menurutnya, tidak semua kes pembuangan bayi yang dilaporkan terus kepada pihaknya namun terdapat kes yang hanya melalui Polis Diraja Malayasia (PDRM) sahaja.

"Kes tahun lalu, bayi yang ditemui di Masjid Daerah Sungai Rambai telah dihantar ke rumah kanak-kanak Cheras, Kuala Lumpur namun mengidap komplikasi dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia.

"Manakala seorang bayi lelaki telah diserahkan kepada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS), selama tiga tahun dan kesemua bayi yang ditemui berstatus bukan warganegara, " katanya.

Tambahnya, berdasarkan pngalaman JKM, kes pembuangan bayi ini berlaku di banyak tempat dan bukannya hanya di masjid sahaja.

"Kemungkinan diletakkan di masjid bagi memudahkan masyarakat atau orang ramai menemuinya dan menguruskan pengkebumian sekiranya bayi tersebut telah meninggal dunia," katanya.

Jelas Burhanuddin pihaknya turut mngalu-alukan mana-mana ibu yang melahirkan bayi tidak sah taraf dan tidak mahu menjaga bayi mereka supaya menyerahkannya kepada JKM agar bayi ini akan dapat diselamatkan, dipelihara dan diberikan kasih sayang sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu JKM juga boleh menyerahkan kepada pihak yang berminat untuk menjaga bayi iaitu mereka yang dipanggil OYLS berdasarkan kepada Akta Kanak-kanak 2001 pindaan 2016," katanya.