41 PATI kempunan balik kampung

Seramai 41 PATI dicekup polis ketika cuba keluar dari perairan negara di Pulau Kukup, awal pagi semalam.
Seramai 41 PATI dicekup polis ketika cuba keluar dari perairan negara di Pulau Kukup, awal pagi semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) kempunan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri selepas dicekup polis ketika cuba keluar dari perairan negara di Pulau Kukup, awal pagi semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua PATI termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun itu bersesak dalam sebuah bot pancung.

"PPM Wilayah Dua Kukup telah berjaya menangkap seorang tekong laut warga Indonesia dan 41 orang PATI selepas memintas sebuah bot pancung di laut Kukup dalam Op Gelora kira-kira jam 1 pagi semalam.

"Kesemua PATI yang terdiri daripada 27 lelaki, 13 perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan itu dipercayai dari sekitar Johor dan beberapa negeri lain mahu pulang ke Indonesia untuk menyambut puasa dan raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua PATI terpaksa bersesak dalam sebuah bot pancung.
Kesemua PATI terpaksa bersesak dalam sebuah bot pancung.

Polis merampas sebuah bot pancung berukuran 40x8 kaki lebar dengan dua buah enjin sangkut.

Menurut Paul, kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Bagi bulan April sahaja, PPM Wilayah Dua telah merampas enam buah bot serta tujuh unit enjin sangkut yang digunakan oleh sindiket penyeludupan PATI.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption