Perkeso periksa 109 premis majikan

Karupaiya ketika melakukan gimik pelancaran dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Mutusami di pejabat Perkeso Kulim, semalam.
Karupaiya ketika melakukan gimik pelancaran dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Mutusami di pejabat Perkeso Kulim, semalam.
A
A
A

KULIM - Sebanyak 109 premis majikan diperiksa dalam Ops Kesan Bersepadu peringkat pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kulim yang dilancarkan, kelmarin.

Operasi yang diadakan dengan kerjasama pejabat Perkeso Negeri Kedah, Pejabat Perkeso Sungai Petani turut disertai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Kulim.

Pengurus pejabat Perkeso Kulim, Ahmad Rizwan Hassan Basroh berkata, sebanyak 13 kompaun dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM10,500.

Menurutnya, kompaun dikeluarkan di atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan di bawah Seksyen 4 AKSP 1969 dan kesalahan gagal mendaftar pekerja di bawah Seksyen 5 AKSP 1969.

"Mana-mana majikan yang menggajikan walaupun seorang pekerja perlu mendaftar dan mencarum Perkeso.

"Sekiranya gagal atau ingkar dan disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua duanya sekali,"katanya.

Beliau berkata, seandainya berlaku kesalahan di bawah akta Perkeso tidak akan berkompromi lagi memandangkan ini adalah tahun ke-11 Ops Kesan dijalankan.

"Majikan seharusnya mengetahui peraturan yang termaktub di bawah akta sama ada Perkeso ataupun KWSP," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, perasmian Ops Kesan Bersepadu dirasmikan Timbalan Pengarah Perkeso Negeri Kedah, Mohd Asri Mohd Rasid manakala gimik pelancaran dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Mutusami di pejabat Perkeso Kulim, semalam.