Gempa bumi 6.1 magnitud landa India

Gempa bumi 6.1 magnitud landa Arunachal Pradesh di timur laut India awal pagi ini.
Gempa bumi 6.1 magnitud landa Arunachal Pradesh di timur laut India awal pagi ini.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud menggegar negeri Arunachal Pradesh di timur laut India awal pagi ini, kata Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS)

Pusat gegaran gempa yang terjadi pada jam 1.45 pagi (waktu tempatan) itu terletak kira-kira 40 kilometer tenggara Along dan 180 kilometer barat daya Itanagar.

USGS menganggar terdapat kemungkinan rendah berlakunya kematian dan kerosakan kesan daripada gempa terbabit di Arunachal Pradesh yang dihuni lebih 1.2 juta penduduk dan merupakan negeri paling kurang penduduk di India. - AFP

Artikel Berkaitan: