Tiga sekeluarga terima APC serentak

Md Yusof (dua dari kanan ), Jabarah Daiman (tengah) dan Syafiq selepas penyampaian APC di SMK Dato Penggawa Barat, kelmarin.
Md Yusof (dua dari kanan ), Jabarah Daiman (tengah) dan Syafiq selepas penyampaian APC di SMK Dato Penggawa Barat, kelmarin.
A
A
A

PONTIAN - Tiga sekeluarga yang berkhidmat dalam sektor pendidikan tidak menyangka menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 Pejabat Pendidikan Daerah Pontian di Dewan Sri Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa, baru-baru ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kayu Ara Pasong, Md Yusof Md Yunos 59, dan pasangannya, Jaharah Daiman, 57, pembantu tadbir di SK Jaya Mulia, Ayer Baloi bersama anak mereka Syafiq, 32, guru di SK Rambah tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut serentak.

Md Yusof yang menerima APC kali kedua menyifatkan majlis anugerah kali ini cukup manis kerana isteri dan anaknya turut menerima anugerah tersebut. Beliau yang akan bersara pada tahun depan berkata, kerjaya sebagai guru bermula pada 1984 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Kulai sebagai guru biasa sebelum dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Sinaran Chokoh.

“Tentunya APC yang diterima sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam begitu bermakna, ditambah dengan kehadiran isteri dan anak saya pada masa yang sama,” katanya, kelmarin.

Majlis penyampaian disempurnakan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Ab Rahim Lamin.

Pada majlis tersebut, 263 orang guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) menerima APC bagi tahun 2018 sebagai menghargai kecemerlangan mereka dalam tugas-tugas yang dijalankan.

Sementara itu, isteri Md Yusof, Jaharah Daiman berkata, APC diterima kali ini merupakan kali ketiga sepanjang beliau berkhidmat sebagai pembantu tadbir selama 20 tahun yang bermula di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas.

Artikel Berkaitan: