Mahkamah kurangkan hukuman penjara bekas presiden Brazil

kapsyen: Bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva (Lula) dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan rasuah. - Foto AFP
kapsyen: Bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva (Lula) dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan rasuah. - Foto AFP
A
A
A

BRASILIA - BRAZIL. Sebuah mahkamah rayuan Brazil mengambil keputusan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan terhadap bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva (Lula) atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram.

Dalam keputusan sebulat suara, empat orang hakim Mahkamah Tinggi Keadilan yang mendengar rayuan Lula bersetuju mengekalkan sabitan namun mengurangkan hukuman penjaranya kepada lapan tahun dan 10 bulan.

Terdahulu, pemimpin haluan kiri berusia 73 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 25 tahun atas dua kes rasuah.

Lula menerima hukuman penjara 12 tahun dan satu bulan atas kesalahan menerima sebuah apartmen tepi laut sebagai ganjaran kerana membantu syarikat pembinaan OAS mendapatkan perjanjian lumayan daripada syarikat minyak Petrobras ketika memegang jawatan presiden pada tahun 2003-2010.

Beliau turut membuat rayuan terhadap hukuman penjara 13 tahun yang dikenakan pada Februari lalu kerana menerima kerja pengubahsuaian daripada dua syarikat pembinaan ke atas sebuah rumah ladang sebagai pertukaran untuk memastikan syarikat terbabit mendapat kontrak daripada Petrobras.

Lula menafikan kesemua tuduhan dan mendakwa ia bermotif politik bagi menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya tahun lalu yang dimenangi Presiden Jair Bolsonaro. - AFP

Artikel Berkaitan: